Gempar! Punca Sebenar 300 Kru Kabin MAS Letak Jawatan | Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370
kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya
meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan
mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.
Faktor tekanan kerja,
selain ‘dipancing’ syarikat penerbangan lain antara yang mendorong
kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara
(80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat
berkenaan.
Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.
Sumber memberitahu,
sudah beberapa tahun syarikat gagal memberi bonus, keistimewaan
kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga
juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan
kakitangan.
“Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat
untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya
berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai
sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
“Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada
tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih
tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan
MAS dan menunggu masa sesuai untuk ‘memancing’ mereka,” katanya.
Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana
yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk
setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan
RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh
latihan lima tahun.
Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula
sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh
latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.
Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap
tenaga pakar MAS ‘ada harga’ di pasaran industri penerbangan, sama ada
di dalam atau luar negara.
“Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji
lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga
10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan
berbanding hanya RM3,000 di MAS,” katanya.
Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan
syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana
tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan
berada dalam situasi lebih parah.
“Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan
memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan
antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan
bercuti.
“Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental
terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga,” katanya. Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.
Sumber: Harianblogger
0 Komentar untuk "Gempar! Punca Sebenar 300 Kru Kabin MAS Letak Jawatan "