Resepi Pencuci Mulut Paling Mudah Sekali Di Dunia | Sejak kebelakangan ini, aku telah membentuk satu
minat baru iaitu menonton rancangan masakan. Channel yang aku selalu
tengok adalah 727 di Astro, Food Network Asia. Ok fine, mula-mula aku
sekadar main-main tukar channel sebab terlalu bosan lepastu terberhenti
dekat channel 727 kerana ternampak seorang makcik hangat sedang memasak.
Aku macam tak keruan sedikit bila
dia pegang timun sambil pandang kamera dan cakap 'You like that?'.
Mula-mula tengok gaya dia macam scene permulaan porno, tetapi apabila
tengok dia masak Lemony Shrimp Scampi with Orzo and Arugula, terus naik
nafsu makan aku. Sejak hari itu channel 727 menjadi channel kegemaran
aku dengan rancangan-rancangan masakan yang dihoskan oleh chef selebriti
seperti Guy, Bobby Flay dan Chef Zubir.
Oleh kerana selalu tengok rancangan masakan, sedikit demi sedikit terbit
minat untuk memasak di dalam diri. Maka hari ini aku ingin menunjuk
skil memasak aku kepada kalian sehingga kalian berasa kagum dan
meninggalkan komen untuk aku membuat rancangan masakan sendiri. Aku tahu
bukan semua orang yang sedang membaca entri ini berminat untuk memasak
dan mungkin skil memasak kalian masih belum mumaiyiz, so aku nak ajar
satu resipi pencuci mulut yang paling mudah, adik anda yang baru 2 tahun
setengah pun boleh buat. Ayuh teruskan membaca.
RAMUAN:
1 sudu teh Olive Oil
3 sudu teh Nutella
1 sudu kopi susu pekat manis
2 biji telur binatang. Saya gunakan telur ayam dan itik, tetapi anda bebas untuk menggunakan telur binatang lain, halal ataupun tidak.
Anggur tanpa biji yang dibeli di Mydin. Mesti beli kat Mydin kalau kat tempat lain tak jadi nanti.

CARA-CARA MASAK:
Ambil olive oil, Nutella, susu pekat manis, dan 2 biji telur tadi dan simpan mereka kembali di dalam almari. Kita tidak akan menggunakan mereka saya saja je menyusahkan anda untuk menyediakan bahan-bahan tersebut, di samping menjadi elemen komedi di dalam entri ini. Apa yang anda perlukan hanyalah anggur yang dibeli di Mydin tadi. Masukkan anggur tersebut ke dalam freezer sebelum tidur dan biarkan semalaman. Esok pagi setelah bangun solat Subuh, buka freezer dan anda boleh nikmati anggur tersebut yang kini telah menjadi 'sorbet'. Power bukan?

Jangan main-main Jamie Oliver yang ajar aku
resipi ni. Tak payah susah-susah bazir duit beli sorbet kat Petronas
bila kau boleh buat sendiri di rumah. Masa kau gigit anggur tu,
mula-mula rasa keras dan sejuk, tetapi apabila gigi kapak dah menerjah
isi anggur, kelembutan dan kemanisan anggur mula mengambil alih. Dessert
ini sesuai untuk dimakan selepas makan nasi campur. Since sekarang ni
kangkung tengah trending, boleh juga kau ganti anggur dengan kangkung
untuk buat sorbet yang sihat.
Ok sekian sahaja rancangan masakan bersama Ijaicool jumpa lagi dalam episod yang akan datang. By the way kalian layan tak channel 727 tu? Aku suka tengok Diner, Drive Ins and Dives sebab dia tunjuk comfort food orang Amerika yang bisa menaikkan paras kolestrol tetapi nampak lazat nak arwah. Ahh bertakung dah ayaq liuq ni melihat kelazatannya.

Sumber: Ijaicool
3 Komentar untuk "Resepi Pencuci Mulut Paling Mudah Sekali Di Dunia"
rasa cam nak lempang org ermmm....
haha...lawak lawak
Lempang jgn x lempang kak..