Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.



Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. 

Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp

Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :




Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.


Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
  • Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
  • Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

Kami yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara. 

Sumber: Beritasemasa
10 Komentar untuk "Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu"

Singgah sini BW..wow..china menduduki tangga ke3 terkuat dunia..indon pun tak kurang hebatnya.. huhu..good info. =)

Kalau sy kata ia tidak tepat...

Saya rasa pon mcm x tepat maklumat nie...

Macam tak tepat je info ni...komando Malaysia lbh lasak dr US kot...US ni xdak air mnum xblh survive mcm tentera Malaysia...

Kerajaan kedekut nk spend duit ke arah ketenteraan.. tentera sajalah benteng pertahanan utama negara.. patut pertambahkan lagi jumlah aset dan rekrut ramai lagi..

Sesungguhnya hanya Allah yg mengetahui...dia yg menentuka segalanya

respek komando malaysia.. :-) tabik hormat..

Fakta sejarah...Mujahideen Afghan kalahkan tentera Rusia. Yang terlihat kuat tak semestinya akan menang. Yang penting niat perjuangan.

hahahaha!!!!!

Saye rase fakta ini pon tidak tepat, kerana saye lihat korea utara berada di no. 35, padahal korea utara mempunyai military dan tank yg sangat banyak..

Back To Top