EKSKLUSIF: 5 Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal di Malaysia | Isu yang berkaitan dengan tudung merupakan isu yang kerap dikupas di
media sosial. Salah satu isu yang popular adalah isu tudung berjenama
popular seperti Fareeda dan Ariani, khususnya tentang harga tudung
mereka yang lebih mahal daripada seluar jin Levi's. Baru-baru ini laman
web sosial seperti Facebook meletup akibat kenyataan admin akaun fanpage
Mawar Fareeda "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."
berikutan tindakan rampasan tudung Fareeda tiruan. Kemudian di Twitter
pula tersebar gambar harga tudung Ariani yang mencecah RM1000.
Sebagai penduduk Bangi, saya turut merasa tempias isu ini kerana
kedua-dua kedai Fareeda dan Ariani terletak di Bangi. Oleh itu, saya
ingin memberi justifikasi tentang mengapa harga tudung Fareeda dan
Ariani mahal nak arwah sekaligus menepis segala tohmahan yang
dilemparkan oleh masyarakat umum. Ayuh teruskan membaca.
1) Tudung yang eksklusif, tak bolehla sekadar digayakan di atas kepala patung. Untuk tujuan promosi, mereka mesti mengambil selebriti untuk menjadi duta tudung mereka. Seperti Ariani contohnya, ingat murah ke nak hire Wardina sebagai duta mereka? Lainlah kalau mereka mengambil Rosnah Mat Aris ataupun Azwan Ali menjadi duta. Itu sebab harga mereka jauh lebih mahal daripada tudung biasa di Jalan TAR. Bagi tudung Fareeda pula, pengiklanan mereka memang power dan efektif kerana berjaya membuat orang terkejut di waktu malam apabila melihat billboard di bawah. Waktu siang pula, kawasan billboard tersebut sentiasa sesak maka pemandu tiada pilihan dan terpaksa merenung billboard tersebut, dan mata model yang anggun itu akan memukau mereka untuk membeli tudung itu. Anda ingat billboard di lokasi tersebut murah?
2) Banyak produk 'Islamik' kini yang kononnya
telah dibacakan dengan 30 juzuk seperti air ajaib Al-Khodafi dan Madu
Ruqyah dara yang sebenarnya hanyalah tindakan untuk mempergunakan agama
di dalam produk mereka. Tetapi bagi produk yang eksklusif seperti tudung
3 layer, mereka tidak akan menipu pengguna dengan mendakwa tudung
mereka telah dibacakan dengan 30 juzuk, sebaliknya dalam proses mencipta
tudung, mereka memasang lagu-lagu nasyid yang berunsur kemanusiaan agar
vibe positif lagu tersebut dapat meresap ke dalam tudung. Contohnya,
lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar
mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap
membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi
pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta.
Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis,
sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut.
3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.
4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.
5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.
3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.
4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.
5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.
Kita dapat lihat juga dalam model-model tudung yang lebih advanced, tudung mereka dilengkapi dengan applikasi Camera360 so bila nak selfie dalam tudung tersebut, mereka sentiasa akan nampak 'glowing' dan bebas jerawat. Ada lagi, jika anda beli tudung ini secara kontrak bersama Maxis, tudung juga dilengkapi dengan koneksi 3G (4G jika kawasan anda maju) agar anda boleh upload selfie anda ke Instagram pada bila-bila masa!
Berdasarkan penjelasan di atas, saya berharap agar masyarakat sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala kata nista serta memahami mengapa tudung-tudung eksklusif tersebut dikatakan mahal. Apa yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Adakah anda pengguna tudung ekslusif ataupun tudung bawal / pari / jenahak? Luahkan perasaan anda di sini. Mungkin ada feature tudung yang saya tak tahu, harap anda boleh kongsikan di ruangan komen. Anda bebas menggunakan hujah "eleh tudung mahal-mahal bukan menjamin ke syurga pun" tetapi jika anda masih kompelin tentang harga tudung eksklusif, maka terpaksalah saya quote fanpage Mawar Fareeda sekali lagi "...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."
Sumber: Ijaicool
33 Komentar untuk "EKSKLUSIF: 5 Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal di Malaysia"
bli 1 tdg fareeda harganye =10 tdg kat pasar mlm...wpon bli kat psr mlm tp hr2 blh tkr2...suami pon x de la jemu mmandang asik pakai tdg yg sama je..lbih jimat, berbaloi2 & yg paling pnting mnutup dada mcm yg islam suruh
xperasan. buat lawak rupanya.
sarkastik~ huhuhu
Berbalik lah balik asal tujuan pakai tudung..bimbang jadi nak menunjuk2..jadi riak pulak.
ye betol tu, berbalik kpda tujuan asal utk memakai tudung.. If tudung fareeda tu bawah dada sikit rasenye lagi manis si pemakai tu..
Rosnah mat aris n azwan ali pon ada?
Mcm Mengaibkan orang je Alasan2 tu... Astaghfirullah...xtakut Kena sprang ke... Kuang..Kuang... Kuang...
Correct
Dengan suami takkan nk pakai tudung?? Hehehe...
kalu pkai tudung ariani n fareeda soh diorg design tag harga atas kepala... at least org taw yg kita pkai tu tudung mahal... kalu tag jenama bwh tudung mana org nk nmpak...kena pkai tudung tebalik baru org nmpak...kalu x rugi pkai org x tawu...hahahaha
Ade jea tudung fareeda yg labuh tutup dada...kalau rasa mahal xyh la beli..dia cuma jual jea tak paksa pon org beli..
Ape yg ko merapu ni syaitooon...??? Nk mnaikkn kmarahan org rmai ke??? Krne mnusia mcm ko nii laa prosak keadaan ! Nonsense ! I pngguna tegar Fareeda. silap r ko nk mrapu2 ginii...deerr...xde kje dh ke??? Gile sakaii cari publisiti murahan..??? Huuhhh...siyesly, shame on you lah derr...
Defensive disitu akak kita ni. Takde sense of humor
biasa ler sapa makan cili dia la rasa pedas nyer kan kan kannnnn kuang kuang kuang
Aku rasa yg mna pengemar tudung fareeda nie mmg emo kot...biasa la orang kaya....aku rasa admin saja nk buat lawak je....adoi.... kalau orang kaya skli pun..mati xbawak duit la...so xyh la emo tahap gaban sangt...
Membazir itu amalan syaitan.
Pakai tudung murah pn..sy ttap nmpk cantik!..hehehe...
Uihh emo derr akak kite ni derr deerr... rilek ah klau sakit ati bakpe bace.. ni keje kt kedai fareeda ke emo sgt ney.. hahahaa rilek la deerrr ;))) mati pakai serba putih je x pakai fareeda2 ariani2 bagai ney.. ;)))
shuben i cakap, i pakai tudung bawal yg rega 5henggit selai pn dh nmpak cantik..kuang kuang kuang..
suami kn anta g keje cik anon ngek oi
to me, org yg sibuk nk pakai fareeda sampai tdo tepi jln ni mmg bodoh..titikkkk
Beli tudung asalkan tutup aurat dan tampak kemas.. Tudung murah pon boleh jadi cantik kalau pandai berfesyen... Ape yang penting... kita bersangka baik...
dunia nk kiamat kak oii. mati sok ko nk bawak dlm kubur ke.. lgi satu mane ko tau produk yg bce 30juzuk al quran tu.mnipu.. ko ke yg buat? kite ni mnusie da le bnyak dose x cukup lgi nk fitnah lps tu beckup tudung2 mahal plak. fareeda ngn ariani pon x heboh cm ko. udah2 le klo awk org islam prtahankn islam je la. klo rse produk2 kt msia ni sume tipu xyh bli.. mkn je ubi kayu ..sihat la nnti
tudung fareeda n ariani tu klo jual kt luar negara. bpe sen la sgt.. org x pndang pon.. malaysia je heboh nk riak nk mnunjuk2 yg diri tu kaye la sgt ley pkai tudung mahal kononnye la kn..
cik kak oii riak la selagi mampu ye .. rse nye nk nasihat org mcm ko ni mmg xmkn nasihat..
Jgn jadi kemarok sgt membeli tudung yg mahal.beli yg biasa saja sudah memadai.janji aurat kita tertutup.maaf saya kata kan kalau tudung yg dimaksudkan di jual pd saya rm50 pun saya tk akan membelinya, sbb dgn harga mencecah ribuan ringgit ada lah tidak logik,hanya kepingan kain yg kecil.jelas sgt harga ini tidak tdp di terima akal.
Adalah lebih baik di salurkan pd mangsa perang di syria.mereka tgh mencari sumbangan dari kita untuk Ramadhan ini. Dermalah buat mereka.mereka perlu makanan untuk berbuka puasa.
Bantu lah mereka.
Kita di Malaysia bermegah2 dgn tudung exclusive. Pelik kan....
Saya bagi free pun bln tentu saya guna.kena guna otak, kain tudung,tk smp 2 meter, cecah ribuan ringgit.itu nk nengena namanya. Yg si penakai pun nk show off,konon konon only certain people can Wear n affordable.beli selandang rm10 LG cantik pemakai rasanya,terus terang memang saya tk minat langsung,lebih membazir Dari menguntung.
sarcasm teruk ni. wakaka
aku rasa kakak ni tido pun berselimut kan si pareeda tudung senteng ni kot. wakaka tudung 5 ringgit pun lebih mengikut syariat dari tdung si pareda ni. bagi aku free 1 kedai pun aku taknak. orang bodoh,riak,sombong je yg berlagak beli smpai sehelai beratus beribu ni, n marah2 mcm kau ni..
Islam tak suruh pakai tudung..Islam suruh tutup aurat..gasak LA Nak tutup pakai APA..
Smua ni sbb org pmpuan suka nmpak cantik, nmpak bgaya, nmpak mewah konon utk meningkatkan keyakinan diri, smua org mcm ni tertipu dgn fitnah dajjal, aku pun kadang2 mcm tu jugak, so para suami kna ajar istri masing2 kna ingatkn ank2 pmpuan masing2 pakai tudung sbb nk tutup aurat nk cntik bole tp dada msti tutup tudung yg singkat2 tak patuh syariah, kalau smua dh ok tp harga satu tudung smpai rm 300 aku rasa kna tanya kt akhirat nanti ke mana duit kita dibelanjakan aku takut dalam skema jawapan malaikat jawapan sbb nk cntik nk selesa nk tingkat keyakinan diri masuk mesin batu tak tcabut smua tak de so takut sgt kna siksa kubur n seksa kt neraka
Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)