Aziz Sattar Seniman Negara Meninggal Dunia

Aziz Sattar Seniman Negara Meninggal Dunia | Seniman Negara, Datuk Aziz Sattar telah meninggal dunia pada jam 2 pagi tadi, 6 Mei 2014 pada usia 89 tahun. Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kajang kerana diserang sakit jantung. Aziz Sattar menghembuskan nafas yang terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.


Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sebaik dibenarkan pihak hospital. Pengkebumian dijangka akan dijalankan pada pagi ini InsyaAllah.


Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis merupakan salah seorang seniman negara yang amat dihormati dan telatahnya bersama Allahyarham Tan Sri P Ramless dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapok pastinya tidak akan dapat dilupakan. Al Fatihah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

 Sumber: Oh Artis
0 Komentar untuk "Aziz Sattar Seniman Negara Meninggal Dunia"

Back To Top