Pakar Australia Sahkan MH370 Bukanlah Berakhir Di Lautan Hindi

Pakar Australia Sahkan MH370 Bukanlah Berakhir Di Lautan Hindi | Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memutuskan kawasan Lautan Hindi, kawasan isyarat akustik dikesan dan pencarian dasar laut dilakukan sejak awal April lalu dianggap sebagai bukan tempat penerbangan MH370 berakhir.


Keputusan itu dibuat selepas kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21 menamatkan operasi pencarian bawah air petang kelmarin selepas mencari di kawasan seluas 850 kilometer persegi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) semalam, AUV itu selesai melakukan pencarian di kawasan dikesan isyarat yang dipercayai dari kotak hitam pesawat MH370 awal April lalu. Data yang dikumpul hasil pencarian itu dianalisis dan JACC mendapati tiada serpihan pesawat berkenaan dikesan AUV itu sejak menyertai operasi pencarian.“


ATSB menasihatkan pencarian di kawasan berhampiran kerana isyarat akustik dikesan kini boleh dianggap selesai. 

Sumber: Harianblogger via Harian Metro
0 Komentar untuk "Pakar Australia Sahkan MH370 Bukanlah Berakhir Di Lautan Hindi"

Back To Top