Gambar Biadap Askar Britain Gembira Dengan Mayat Taliban

Gambar Biadap Askar Britain Gembira Dengan Mayat Taliban | Tindakan dua askar Britain memuat naik foto bersama mayat Taliban Afghanistan di laman web video LiveLeak Jumaat lalu menimbulkan kecaman Amnesty International. Imej menunjukkan dua orang anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF) bergambar bersama mayat dipercayai diambil selepas serangan di Kem Bastion pada 2012.

Kedua-dua imej menunjukkan, askar Britain melutut bersebelahan mayat dan memberi tanda pujian kemenangan.

Pengarah Amnesty International, Joanne Mariner menyifatkan imej itu sebagai mengerikan dan melanggar piawaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa seperti tertakluk mengikut artikel 3 Konvensyen Geneva.

“Tindakan tidak menghormati dan menjatuhkan maruah kumpulan pejuang yang meninggal dunia adalah salah,” katanya dipetik AP

Susulan kejadian itu, beliau menggesa pihak berkuasa Britain melancarkan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dalam kejadian itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Britain berkata dalam satu kenyataan bahawa askar Britain terbabit telah ditukar ke unit lain dan menarik diri daripada tugas barisan hadapan.

Sumber: Sinar Harian
0 Komentar untuk "Gambar Biadap Askar Britain Gembira Dengan Mayat Taliban"

Back To Top