Rahsia Kenapa Rakyat Kelantan dan Terengganu Bijak Yang Ramai Tak Tahu

Rahsia Kenapa Rakyat Kelantan dan Terengganu Bijak Yang Ramai Tak Tahu | Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?

Satu kajian tidak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana. 


Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata. Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Hidangan nasi dagang bersama ikan tongkol (foto dari: resepinannie.blogspot.com)
Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi. (sumber Bernama)

Sekadar pendapat peribadi: 

Sebenarnya pemakanan juga adalah salah satu medium untuk merangsang minda, tetapi jika dilihat dari sudut lain pula ia berbalik kepada diri sendiri, jika di dalam diri sudah tertanam azam dan keinginan untuk berjaya pasti apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Selain itu faktor persekitaran juga mempengaruhi perkembangan minda, keadaan sekeliling yang sederhana dan penerapan dalam ilmu agama sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran seseorang itu menjadi lebih kreatif dan ingin berusaha. Paling utama sekali perlulah diterapkan kesedaran dikalangan anak-anak betapa pentingnya ilmu, bagi kami pemakanan adalah faktor kedua, asalkan anak-anak itu diberi makanan yang halal dan berkhasiat itu pun sudah memadai. Apa pendapat anda?


0 Komentar untuk "Rahsia Kenapa Rakyat Kelantan dan Terengganu Bijak Yang Ramai Tak Tahu"

Back To Top