Pendedahan Mengejutkan Dari Ahli Keluarga Mangsa MH370 | Adik kepada seorang anak kapal MH370, Nur Syafinaz Asnan mendakwa setakat ini keluarganya masih belum terima sebarang maklum balas atau pampasan dari pihak pengurusan MAS.
Gambar Hiasan |
Katanya, beliau tidak merancang untuk sertai tujuh ahli keluarga mangsa lain yang akan mengambil tindakan selanjutnya kepada MAS.
Abang beliau, Mohd Hazrin, merupakan salah seorang anak kapal yang bertugas di dalam pesawat MH 370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
“Walaupun pelbagai cerita dari banyak pihak bertebaran mengenai ‘kehilangan’ pesawat MH 370, saya akan terus berdoa agar ada kesudahan yang baik. Saya pun tak tahu nak cakap apa dah. Lagipun Kak Intan baru sahaja melahirkan anak,” katanya.
Intan Maizura Othman, isteri Hazrin,selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya, semalam pada jam 4 petang. Suaminyamerupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 tersebut.
Sumber: Addin
P.S. II - Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. III - Planet Marikh Mempunyai Tasik Ais Batu?
2 Komentar untuk "Pendedahan Mengejutkan Dari Ahli Keluarga Mangsa MH370"
Apa yg mengejutkan???
Terima kasih sudah mampir ke blog saya sebelumnya.
Saya suka dengan artikel-artikel tentang hilangnya MH370 di blog ini