Gambar Jemuran Udang Kering Dibaringi Anjing Di Negeri X

Gambar Jemuran Udang Kering Dibaringi Anjing Di Negeri X | 3 gambar yang menunjukkan jemuran udang kering di’cemari’ dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Meskipun tiada lokasi yang dinyatakan, namun sumber mendakwa gambar kejadian ini berlaku di dalam negara kita sendiri. Persoalannya, dimanakah lokasi tempatnya?

Jemuran udang kering menjadi tempat untuk anjing berehat dan bergaru. Dan penyapu pula digunakan untuk tujuan meratakan jemuran udang kering. Kami tidak mahu membuat tuduhan liar. Tetapi apabila kita berkunjung ke negeri itu, pastinya rakan-rakan akan memesan “tolong beli udang kering ya!”. Jadi terpulanglah kepada pembaca untuk menjejak lokasi gambar ini. Kami juga berharap ianya bukan berlaku di situ.. 

Pihak keselamatan dan kualiti makanan perlu dan wajib memantau tempat-tempat perusahaan membuat barangan-barangan kering ini bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar bersih dan suci dan lagi HALAL.



Sumber: Harianblogger
0 Komentar untuk "Gambar Jemuran Udang Kering Dibaringi Anjing Di Negeri X"

Back To Top