Kisah Benar Warga Asing Bergaji RM5,900 Sebulan Di Malaysia

Kisah Benar Warga Asing Bergaji RM5,900 Sebulan Di Malaysia | Artikel di bawah adalah hasil penulisan dari Saiful Nang, cerita yang dikongsikan olehnya membuatkan kita terfikir seketika. Baca cerita menarik di bawah:

Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.
Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.


Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).
Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900

Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.

Fikirkannya… 

Sumber: Saiful Nang via Harianblogger  
1 Komentar untuk "Kisah Benar Warga Asing Bergaji RM5,900 Sebulan Di Malaysia"

Orang malaysia kenderaan mesti ada kereta. kereta nak yang mahal pulak tu...bulan2- tolak hutang. tapikan, warga asing ni dah kawin ke belum? haha

Back To Top