Bahaya Mee Segera - Pelajar Tahfiz Maut Tercekik | Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al
Islamiah, Naka dekat sini meninggal dunia selepas makan mee segera malam
tadi. (BERITA LAIN - PELAJAR TAHFIZ DIBUNUH SEBELUM DIGANTUNG - LINK)
Gambar Hiasan |
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu Mohamad Daud Shariff,
18, sebelum itu dikatakan makan mee segera sebelum tidur di bilik asrama
bersama beberapa rakan yang lain.
Rakan mangsa, Mohamad Hisham Zainol, 17, berkata sebelum itu mereka
terdengar bunyi dengkuran kuat dan menganggap ia perkara biasa kerana
semua pelajar keletihan setelah bermain bola pada sebelah petang.
Katanya mereka hanya mengetahui kejadian itu selepas guru mereka yang
melakukan rondaan terdengar bunyi dengkuran yang kuat dan memeriksa
bilik itu.
“Sebaik lampu asrama dihidupkan ternampak mulut arwah sudah berbuih
dan mee segera yang dimakannya sebelum itu turut terkeluar. Kami cuba
panggil nama dia beberapa kali tetapi dia tidak bergerak,” katanya
kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.
Sementara itu Pengetua SMA As Siddiqiah Al Islamiah, Mohd Sidek
Junus, berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk
mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia ketika
tiba di sana.
Mangsa berasal dari Kampung Kuala Beris, Sik menuntut di sekolah itu
sejak tiga tahun lepas dalam pengajian tahfiz sejak berusia 15 tahun,
katanya.
Beliau berkata Allahyarham seorang pelajar yang baik dan aktif dan
sepanjang tiga tahun arwah belajar di sekolah itu beliau tidak pernah
mengalami sebarang penyakit serius.
Ketua Polis Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi
berkata pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Sumber: Mynewshub
0 Komentar untuk "Bahaya Mee Segera - Pelajar Tahfiz Maut Tercekik"