Perisikan Russia FSB Dedah MH370 Dirampas Bukan Terhempas | Sumber perisikan
Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi
sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran
sempadan Pakistan.
Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat dengan FSB
(badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang
masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup di
dalam sebuah tempat perlindungan”
Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.
Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.
Kapal berkenaan hilang
kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL
pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing
pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki
pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang
dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan
Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari
Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit
Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB
merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan
terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth,
Australia.
Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia
mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan
kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat
terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.
Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia.
Sumber: Harianblogger via Daily Sun UK
0 Komentar untuk "Perisikan Russia FSB Dedah MH370 Dirampas Bukan Terhempas"