Remaja Perkosa 300 Ekor Ayam Sehingga Mati | Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan
mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah
apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.
Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.
Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.
“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.
AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan
mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu
dirawat di sebuah hospital tempatan.
Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata,
dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian
ayam mereka. – Agensi via Mynewshub
0 Komentar untuk "Remaja Perkosa 300 Ekor Ayam Sehingga Mati"