Forensik Dedah Pelajar Maahad Tahfiz Dibunuh Sebelum Digantung (5 Gambar) | Kita digemparkan dengan kematian seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Kok Lanas yang dikatakan menggantung diri dengan keadaan separuh bogel (tidak berseluar) di dalam tandas asrama.
Menurut laporan polis, mayat dijumpai oleh penyelia asrama, Zul Atfi Mohamad, ketika beliau membuat rondaan sekitar asrama sebelum terhidu bau busuk di tandas di tingkat bawah.
“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.”
“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu,” kata Zul Atfi.
Pihak polis Kota Bharu telah mengenal pasti mayat mangsa dan menyemak senarai pelajar yang tidak pulang ke kampung sempena cuti sekolah. Difahamkan ketika kejadian, 22 orang pelajar tidak pulang ke rumah, mungkin kerana mereka berniat untuk manghabiskan hafazan.
Ada saksi mengatakan, pengecaman mayat melalui wajah jadi sukar kerana wajah mayat telah membengkak.
“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut,” kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman.
Kami percaya bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat itu, namun buat masa kini, pihak polis mengklasifikasikan tragedi ini sebagai mati mengejut. Alfatihah.
UPDATE: PELAJAR MAAHAD DIBUNUH BUKAN BUNUH DIRI
Mayat seorang pelajar yang ditemui tergantung dalam sebuah tandas di asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas di Kota Bharu, Kelantan tiga hari lalu dikatakan mati akibat dibunuh, bukan bunuh diri, kata sumber polis.
Menurutnya, hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Sultanah Zainab II Kota Bharu (HSZIIKB) semalam, mendapati ada kesan tikaman di perut dan pelajar itu dipercayai meninggal dunia 72 jam lalu.
Siasatan mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Wan Ahmad Faris, 16, sebelum ini belajar di maahad tahfiz di Kampung Ipah, Bachok dari tingkatan satu hingga tiga, sebelum berpindah ke maahad tahfiz sekarang untuk menyambung pengajian di tingkatan empat.
Seorang bapa yang enggan namanya dikenali berkata, dua anaknya mengenali rapat mangsa dan tidak percaya arwah bunuh diri.
"Hari Isnin lalu, mereka main bola bersama-sama dan kemungkinan besar arwah meninggal dunia hari Selasa kerana pada hari itu adalah cuti. Ibu bapa datang menjemput anak masing-masing termasuk saya mengambil dua anak pada petang hari berkenaan.
"Saya juga mengenali ibu mangsa yang juga seorang jururawat berpengalaman selama 20 tahun.
Ibu arwah memberitahu saya, kalau bunuh diri sudah tentu mayat dalam keadaan mengerikan seperti lidah akan terjulur keluar.
"Tetapi dalam kes ini, lidah tidak keluar. Jadi, arwah mungkin dibunuh dan digantung dalam bilik air. Malah, isteri saya pun sudah cakap dengan warden asrama supaya tidak perlu buat andaian yang boleh mengaibkan arwah dan keluarganya,” katanya.
Rabu lalu, Maahad Tahfiz Kok Lanas gempar dengan penemuan mayat seorang pelajar lelaki tergantung di sebuah tandas di asrama itu.
Kejadian itu sudah pun disiasat oleh polis dan sehingga kini belum ada kenyataan rasmi mengenai penemuan mayat itu, apakah ia pelajar sekolah berkenaan atau pun individu luar.
Berita mengenai penemuan mayat di maahad tahfiz itu sudah tersebar luas dalam laman sosial Facebook sejak malam Selasa, walaupun ada malumat mengatakan mayat itu sudah dikenalpasti identitinya, tetapi ia tidak boleh dihebahkan selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada polis.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr. Mohd Fadzli Hassan berkata, mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam bilik tandas asrama maahad tahfiz itu adalah pelajar tingkatan empat yang berasal dari Pasir Mas.
Mayat itu, katanya, telah dibawa ke bilik mayat (Forensik) HSZIIKB untuk dibedah siasat dan pegawai Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan keluarga mangsa ikut sama ketika mayat dihantar ke hospital.
"Saya akan membuat kenyataan rasmi sebaik sahaja polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu.
Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat sebarang andaian sendiri bagi menghormati keluarga mangsa dan penyiasatan.
Sumber: Wanista
2 Komentar untuk "Forensik Dedah Pelajar Maahad Tahfiz Dibunuh Sebelum Digantung (5 Gambar)"
Macam2 la akhir zaman nie.....esh333
erm biadab tu...paling kurang!! mungkin kes ni kena di rawat oleh sesiapa.aib daripada sape2 yg buat ni mmg Agak kotor orangnya..sgt hati2 dengan org yg baik kat kite selama ni kan bro?? ? ? ?