Rahsia Solat 5 Waktu Sehari Semalam Yang Ramai Tak Tahu | Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan
dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan
akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam
iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam
erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan
rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh,
tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang
akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga
yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke
warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan
masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi
mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang
kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di
mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia
warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah
dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar
tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan
iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu
pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi
otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam
berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu
Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang
berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana
ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam
Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara
ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti
taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga
solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri tarian poco-poconya. Wallahualam.
Sumber: Facebook.com
0 Komentar untuk "Rahsia Solat 5 Waktu Sehari Semalam Yang Ramai Tak Tahu"