Masjid Bergerak 4000KM di Artik (4 Gambar) | Pentingnya mendirikan solat itu mendorong
sesebuah masjid mahu pun surau di bina di sana sini bagi memudahkan
kita menunaikan perintah Allah itu. Solat diwajibkan ke atas umat
Islam. Meninggalkan solat beerti kita telah merobohkan agama kerana
solat itu tiang agama dalam Islam.
Masjid kecil ini sungguh besar bagi umat Islam di Inuvik |
Sebuah masjid unik ini dan mempunyai
kemampuan untuk bergerak ke sana sini adalah sesuatu yang sungguh unik
dan jarang-jarang kita temui. Sebuah masjid kecil bergerak tiba di
kawasan Artik untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin ramai
di bahagian paling utara Kanada selepas diangkut sejauh 4,000 kilometer
mengikut jalan darat dan sungai.
Ketua projek masjid pasang
siap itu, Hussain Guisti berkata, masyarakat Islam di Inuvik berada di
limbungan untuk menyambut ketibaan masjid tersebut. Bilangan penduduk
Islam di Inuvik, sebuah pekan 4,000 penduduk di Northwest Territories,
Kanada bertambah sejak beberapa tahun lalu kepada kira-kira 80 orang dan
sebuah rumah bergerak seluas 21 meter persegi yang digunakan untuk
solat tidak lagi dapat menampung keperluan mereka.
Jemaah tidak mampu membina sebuah masjid baru kerana kos bahan binaan
dan upah kerja jauh lebih tinggi berbanding di selatan Kanada, kata
penyeleras projek, Ahmad Alkhalaf.
Masjid dibawa menggunakan trak khas |
Dibawa pula melalu jalan air menggunakan tongkang |
Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson,
Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi
itu, kata Alkhalaf.
Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan
trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke
Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories.
Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang
dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer
ke utara Lingkaran Artik.
Inilah rupa sebenar masjid tersebut |
Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk
Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu
dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam
bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara
Kanada untuk mencari peluang pekerjaan.
Betapa besar pahala bagi mereka yang bersungguh-sungguh membina
masjid ini kerana berusaha untuk memberi kemudahan kepada umat Islam
lain untuk menunaikan ibadah solat. Sungguh prihatinnya mereka kepada
para umat Islam yang sukar untuk mencari masjid di sana. Semoga usaha
mereka mendapat segala kebaikan daripada Allah SWT jua.
Sumber: Bicara Santai
0 Komentar untuk "Masjid Bergerak 4000KM di Artik (4 Gambar)"