Saintis Jepun Temui Keajaiban Molekul Air Zam Zam | Firman Allah S.W.T :“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup” (Surah Al-Anbia, ayat 30 ). Maha Suci Allah yang telah
mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk
yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah
Tuhannya!
Air diperakui oleh saintis
sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam
setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk
dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata).
Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan
semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat,
begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di
letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang
merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun
begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air
terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.
Kajian saintifik di Jepun : Dr.
Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan
penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di
Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan
sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop
elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut
membentuk kristal segi enam yang indah.
Ujikaji diulangi dengan
membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan
botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan
menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan
keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka
molekul air berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal
muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul
kristal air itu terus hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi
memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi
mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan
dibacakan doa Islam,kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul
berkilauan. Subhanallah!
Molekul Air Zam Zam |
Semasa di suatu seminar yang
rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan
beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau
menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal
yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada
hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya
seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul
air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk dan berkata
“Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak
tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya
mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin,
Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New
York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu.
Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh
“mengerti” pesanan.
Di dalam bukunya iaitu "The Hidden Message in Water",
Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai sifat yang boleh
merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat
konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa
perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman
yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh
memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.
Penemuan ini menjelaskan air
putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan
niat. Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk
penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada
molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul
cecair darah. Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.
Rasulullah saw, bersabda, "ZamZam Lima Syuriba Lahu,"
maksudnya Air zam zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang
meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan
berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk
penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.
Persidangan Air Sedunia baru-baru
ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta
tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan
diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh
digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang
sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air
Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam
sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada
kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi
tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalahstrukturnya tidak berubah, ia
tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang
diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari
Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau
ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah
ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang
sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Rahsia kehebatan air begitu
terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4
segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali.
Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang
datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus diniatkan dan
sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk,
angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita
dengari akan jemaah yang tersesat daripada dapat keluar dari pintu
Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke
mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat
kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan
diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya
insaf dan sedar!
Hanya mereka yang benar-benar
ingin mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan rahsia kehebatan
air zam zam ini sahajalah yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan
keunikan air zam zam ini.
Di Kaabah, apabila niat kita
benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya,
kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia
melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku
resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan
dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang
rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa
begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu
menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT
semata-mata.
Sebenarnya rahsia Kaabah dan
Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut.
Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa
saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim
wanita, berjuta-juta sperma berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7
kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan
telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan
jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh,
penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru
sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang
Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa
yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah
kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan
memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
Air adalah sumber penyucian. Ia
berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk sambil
membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang
sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah”
yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk
menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal
tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha
Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan
terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!
Apabila kita renungkan
berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa
Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak
sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya
penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia.
Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib
air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang
Al-Quran.
Persetubuhan, suami isteri wajib
mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi.
Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah
menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan
membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus
melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Adakah anda tahu 60-70% daripada
badan manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba anda bayangkan
bentuk molekul air dalam badan anda jika anda membuat sesuatu perkara
yang positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka
apakah kesannya pula terhadap diri anda jika anda membuat sesuatu
perkara yang positif atau negatif? Muhasabah dirilah kita bersama-sama.
Menurut Ustaz Zamri, jika kita
melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif
molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak
cantik’. Apakan akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga
kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan
zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja
yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi
tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah
dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh Dr.
Masaru Emoto dari Universiti Yokohama . Wallahua’lam..
Sumber: Blogejan
3 Komentar untuk "Saintis Jepun Temui Keajaiban Molekul Air Zam Zam"
subhanaallah......
may i share this ? please..its really interesting..
Sye share yea..