Budak Perempuan 2 tahun Maut Dalam Bilik Air Pengasuh

Budak Perempuan 2 tahun Maut Dalam Bilik Air Pengasuh | Seorang budak perempuan berusia dua tahun dijumpai mati dalam bilik air pengasuhnya di Bukit Tinggi, di sini, semalam.



Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat hentakan kuat selain terdapat pendarahan kecil di bahagian kepalanya.

Ketua Polis Daerah Klang selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika ditemui berkata, pemeriksaan awal mendapati, terdapat beberapa kesan lebam pada bahagian belakang, badan dan juga kemaluan kanak-kanak terbabit.

“Kejadian disedari pengasuh yang menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air sebelum terus menghantarnya ke klinik berdekatan.

“Hasil pemeriksaan doktor di klinik itu mengesyaki mangsa didera kerana terdapat banyak kesan lebam di seluruh badannya dan terus menghantar kanak-kanak itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun katanya berdasarkan keterangan keluarga mangsa, kesan lebam berkenaan berlaku selepas mangsa dibawa menjalani sesi urutan beberapa hari sebelum kejadian.

Sumber: Mynewshub
0 Komentar untuk "Budak Perempuan 2 tahun Maut Dalam Bilik Air Pengasuh"

Back To Top