Kes Raba Pelajar UITM Arau - Prof Izzi Hanya Jawab Dengan Sepotong Ayat Al Quran

Kes Raba Pelajar UITM Arau - Prof Izzi Hanya Jawab Dengan Sepotong Ayat Al Quran | Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.


Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”



Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan. -malayazoom

ULASAN KAMI

Kami tidak tahu apa maksud pensyarah berkenaan hendak sampaikan dengan menyampaikan sepotong ayat :

“Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”

Apakah ia sebagai peringatan kepada pelajar yang menuduhnya, atau kepada dirinya sendiri, atau kepada semua orang yang sedang memperkatakan isu hangat tersebut. Kami ambil jalan tengah bahawa ia adalah untuk semua.

Jika beliau tidak melakukan seperti yang didakwa oleh pelahar berkenaan, maka tidak apa pun yang perlu dirisaukan. Fitnah tidak akan dapat merubah dan merobek kebenaran.

Namun jika perkara yang didakwa oleh pelajar berkenaan itu adalah benar, maka menjadi kewajipan kepada beliau untuk memohon maaf kemudian bertaubat dengan Allah swt untuk tidak mengulangi perkara tersebut. Ia mudah diselesaikan tetapi memerlukan keberanian, keikhlasan dan kejatian diri yang tinggi untuk membuat pengakuan dan berani untuk mengambil tindakan mengubah sikap kepada yang lebih baik. Bukankah beliau seorang yang sering memberikan motivasi kepada orang lain? Maka beliau sebenarnya kini diuji dengan apa yang beliau sendiri ajarkan dan serukan kepada orang lain..... iaitu keberanian untuk memperakui bahawa kebenaran itu kebenaran...

Sesungguhnya tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan daa tidak ada manusia nyang tidak berbuat dosa dan salah. Dan sebaik-baik mereka yang berdosa dan bersalah ialah yang bertaubat.

Sabda Rasulullah saw: "Setiap anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya)." (Riwayat At tirmizi (2499), Ibn majah (4251) dan Imam Ahamd (111/198)).

Wallahu 'alam. 
Sumber: Greenboc
0 Komentar untuk "Kes Raba Pelajar UITM Arau - Prof Izzi Hanya Jawab Dengan Sepotong Ayat Al Quran"

Back To Top