Keajaiban 360 Sendi Manusia Seperti Hadis Nabi SAW 1400 Tahun | Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu
sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji
Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau
duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan
dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh,
ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari
neraka." [HR Muslim]
Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus
memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya
Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW
menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam
masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan
orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat
Ad-Dhuha sudah mencukupi." [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]
Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the
Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia
seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu
seperti berikut:
- 147 sendi di tulang belakang
- 25 sendi antara tulang belakang
- 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
- 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
- 24 sendi di dada
- 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
- 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
- 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
- 2 sendi antara skapula dan dada
- 86 sendi di hujung teratas
- 2 sendi antara tulang scapular
- 6 sambungan antara siku.
- 8 sendi antara pergelangan tangan
- 70 sendi antara tulang tangan
- 92 sendi di hujung terbawah
- 2 sendi pinggul
- 6 sendi antara tulang lutut
- 6 sambungan antara pergelangan kaki
- 74 sendi antara tulang kaki
- 11 sendi di pelvis
- 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
- 6 sendi antara tulang acetabulm
- 1 sendi sumphysis kemaluan
Jumlah sendi 360
Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.
Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.
Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk
mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana
sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang
sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui
sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat
hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah
di antara 250 hingga 350.
Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)
“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut
kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang
diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
Sumber: Amekaw
2 Komentar untuk "Keajaiban 360 Sendi Manusia Seperti Hadis Nabi SAW 1400 Tahun"
Subhanallah.
subhanallah