Kisah Benar Pengorbanan Seorang Polis Trafik | Suatu hari, dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu
masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tak mahu terlambat, apalagi ia tahu penempatan di sini cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.
Gambar Hiasan |
Kebetulan jalan di depannya agak lengang, lampu berganti kuning. Hati
Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan
segera. Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja?
“Ah, takkan nak brake mendadak,” fikirnya sambil terus memandu laju.
Priiiiiiiiiiiiiiit!
Di seberang jalan, seorang pegawai polis melambaikan tangan
memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil
mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis
itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya
semasa di sekolah menengah dulu.
Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.
“Apa khabar, Jamal! Lamanya tak jumpa…last jumpa masa aku kawin dulu”
“Aku baik je.” Kata Jamal tanpa senyum.
“Alahai…aku nak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah,” jelas Harun.
“Oh ye ke?” Nampaknya Jamal ragu.
“Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah
menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya
pun sedang menunggu,” ujarnya.
“Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama perhatikan kau…selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini,” tegas Jamal
Harun mesti ganti strategi.
“Jadi, kau nak saman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala..”
Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
“Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan,” pinta Jamal.
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta Harun. Harun memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.
Diturunkan tingkap sedikit saja.
“Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman.” Fikir Harun.
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun
mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini?
Ternyata lesen memandu dan kad pengenalan dikembalikan bersama sebuah
nota. Kenapa ia tidak menyaman aku? Lalu nota ini apa? Semacam gurauan
atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi
tulisan tangan Jamal.
Harun,
Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak
perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal
dunia, dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.
Sekarang pemandu itu bebas bertemu
isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku
sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi
tidak akan kembali lagi.
Beberapa kali aku cuba memaafkan
pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku
sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt.
Berhati-hatilah ketika memandu Run”
Jamal
Harun terkedu. Dia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang
ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya
dimaafkan.
Sumber: Mynewshub
8 Komentar untuk "Kisah Benar Pengorbanan Seorang Polis Trafik"
visit my blog yah :)
i am coming
sempoiiii
Kisah yang sangat mendidik. di Indon juga ada kisah macam nih. Dalam mengendara, kita harus meninggalkan ego kita, kita juga harus memikirkan pengguna jalan yang lain.
Visit mine jom!
Blog walking. Kunjung balik ya sambil dengerin radio kami. On air jam 9 malam sampai 12 malam. :)
Keren :}
singgah ke blog saya yaah