Kisah Seram Gambar Hantu Selfie | Selfie atau mengambil gambar sendiri kini menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira usia, di seluruh dunia. Tapi siapa sangka, trend ini turut diikut oleh ‘makhluk lain‘.
Tak percaya? Saksikan gambar di bawah dan penerangannya:
(Beberapa bulan lalu sepupu kepada kawan saya membeli sebuah telefon bimbit baru. Satu hari selepas balik kerja dia meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu mula menonton televisyen.
Anaknya datang lalu meminta untuk bermain dengan telefon
bimbit tersebut. Dia membenarkan dengan syarat jangan menelefon sesiapa
atau membuka mesej.
Sekitar 11.20 malam dia mula berasa mengantuk lalu ke bilik anaknya untuk memeriksa. Ternyata anaknya tiada di situ.
Rupa-rupanya si anak tertidur dalam biliknya dengan telefon
masih di tangan. Dia mula memeriksa jika ada perubahan dilakukan anaknya
pada telefon bimbit.
Didapati, hanya perubahan kecil dilakukan seperti menukar
gambar latar. Seterusnya dia membuka bahagian ‘Pictures’ dan mula
memadam gambar-gambar yang diambil. Hinggalah apabila tiba di gambar
terakhir, dia tersentak…
Gambar itu menunjukkan anaknya sedang tidur di atas katil
tetapi diambil oleh ‘orang lain’. Separuh daripada wajah pengambil dapat
dilihat dan menyerupai wajah perempuan tua!)
Seram tak?
Kewujudan makhluk selain manusia memang sesuatu yang tidak dapat
dinafikan. Tapi sama ada gambar dan cerita di atas benar, wallahu’alam. via Mynewshub
0 Komentar untuk "Kisah Seram Gambar Hantu Selfie"