Misteri Simbol MH370 Dalam 4 Filem Hollywood. Adakah Satu Petanda?

Misteri Simbol MH370 Dalam 4 Filem Hollywood. Adakah Satu Petanda? | Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk. Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andaian dan kadangkala diluar jangkaan akal kita berfikir. (MH370 - Pakar Media Amerika Dedah Perkara Sebenar Yang Dirahsiakan oleh CIA. Jangan terkejut! - LINK)

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, “Man of Steel”.

Di bawah ini video dakwaan berkenaan.

Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang seperti bas.

Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya: M.I.A 6 – 370
Yang boleh diertikan sebagai;
  • MIA = Missing In Action
  • MIA = Malaysia International Airport
Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.
  • 6 = F (Flight)
 
Menurut teori ini, mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370!

Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, Superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.
“If I don’t stop that machine over the Indian Ocean”

Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir sendiri kan…

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Teori ini juga kelihatan didalam filem Mission Impossible III 2006 apabila salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.

Logo yang sama juga muncul di filem Transformers: Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.

Adakah masih kebetulan? Dan segala-galanya seperti sudah dirancang sejak tahun 2006 lagi.

Pembaca boleh menilai sendiri. Tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada.

Dan sekiranya ada dikalangan pembaca yang mahu mempertikai, sila berikan penjelasan yang munasabah untuk semua teori diatas.

Sumber: Amekaw
23 Komentar untuk "Misteri Simbol MH370 Dalam 4 Filem Hollywood. Adakah Satu Petanda?"

Sape lah yg cari bnde ni. Hebat sungguh :/

Antara teori yg kelakau!

bodoh gler. klau betul lah, naper diorang nk tunjuk 1 dunia klu cmni.
mcm dh takde keje lain nk wk yg duk pi cari bende2 tkfaedah gni.

Yahudi bro.. ni la tanda2 dh akhir zaman.. zaman fitnah.. sbgai islam kita perlu berhati2..

X mustahil ok.. klau korang ambil berat pasal agenda tersembunyi kuasa2 besar dunia spt AS, Israel dan negara2 sekutu serta keterlibatan gerakan fahaman Freemason dan Illuminati dlm plan jahat mrk ingin menguasai dunia melalui New World Order (NWO), benda2 yg korang ckp kelakar dan x berfaedah ni semuanya x mustahil.... sedarlah skrg dunia akhir zaman, segalanya mungkin.. utk kita yg x bkuasa ni, berserah je lh pd Allah dan sama2lah amalkn 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi utk elak fitnah dajal dan fitnah akhir zaman........

Dorang sengaja tunjuk 1 dunia dlm mesej2 tersembunyi utk orang2 yg mampu berfikir dan mampu melihat dgn mata hati..

Keyboard warrior. Kau tak payah nak kutuk blogger ni. Dia sekadar berikan apa yang ingin dikongsi. Yang kau tu lahanat nak sangkal lagi kenapa. Kan da admin suruh berfikir dengan waras bagi anonymous yang comment 19-4-2014 05:20 tu haa. Sial!

free mason punye keje ni..

ade org tkleh trima crite mcm ni.. otak diorg tk tecapai lg cite mcm ni.. diorg lebih selesa ngan penipuan janji rase aman.. org yg sifat inggin tau je bleh trima kot sbb diorg mencari. mcm admin. terbaek

Agenda yahudi yg halus....x diambil berat oleh golongan bersahaja.....memang banyak dah tanda2 gini....911WTC... pun banyak dlm film barat...

Typical melayu..percaya sgt benda tahyul nie..daripada dok buang masa buat benda tak berfaedah nie, baik sama2 usaha penuhkan saf di masjid waktu subuh..time tu baru Islam boleh kuat.

mga segera ada khabar ni,.. dah lama tak de kabar kemana tu MH370

hahaha..semua yahudi yg salah..islam je baik..booo

Hahaha, iye pulak tu teori...

Melayu typical tu kau. Jenis tak nak berpikir. Tahu deny ja. Kau tu buat ke tak, or cakap je lebih, ntah kau pon dalam selimut lagi time subuh.

dlm filem2 holywood byk ditunjukkn secara halus taktik agenda yahudi utk jatuhkan islam....cuma kite perasan atau tidak...cthnye thn lps filem white house down,captain america dll,boleh jd benda tu suma ada agenda yg akan direalisasikn ke alam nyata.....

Buat yg tk nk prcaya. Tape. Go ahead. Tp ingt, sbb umat islam lalai jatuhnya krjaan spanyol n khalifah dlu. Mmg freemason ni suka tnjuk muslihat dia dlm lagu n film. Tak tau apa motif dia. Nk bgtau dia kuat agaknya or kmpul lg rmai ahli. Even lgu kpop pun ada title lucifer. Hati2 sume . jgn lupa bca surah al kahfi utk hndar fitnah dajjal. Ustz2 bnyk mmgingtkan kita dh fasa keempat dr lima fasa pemerintahan sblum kiamat. Plisla tgok dgn mata hati. Jgn deny sume prkara. Ak dh syak filem ni ada unsur agenda konspirasi bila dia libatkan piramid, negara arab, china, russia etc. Musykil gak. Asal dia tk libatkan negara europe. Pastu dgn robot n teknologi lg. Adakah mereka cuba smpaikan teknologi mengawal sgala? Or dgn teknologi mnjasikan mereka kuat? Wallahualam.

Sebelum MH370 hilang... Ada 1 episode Channel 701(Axn) Hawaii five O .. Episode nak hempas kan kapal terbang ke laut... Bila kapal hilang and bila episode itu ditayang kan.. Cuba check.. Aku sekadar bagi teori sahaja.. :) malas nak cari..

Diorang yang komen kata "bodoh", "bangang", "kelakar" pada info ni sebenarnya dorng yang "bodoh,bangang,kelakar" sebab tak tahu ada agenda2 yahudi dalam mentadbir kerajaan dunia.. Dunia woiii.. Malaysia pun dah ada ancaman.. Korang apa tau.. Tau main fb jeee..

BACA AL-QURAN, ZIKIR BANYAK-BANYAK KITA AKAN DILINDUNGI ALLAH.

BACA AL-QURAN, ZIKIR DAN BUAT PERKARA YANG ALLAH SURUH, MAKA KITA AKAN DAPAT MERASAI SESUATU PERKARA YANG DIRANCANG OLEH ASKAR-ASKAR DAJJAL. INSYA-ALLAH MARI KITA SAMA-SAMA KUKUHKAN SAF ISLAM KITA. AMBIL SESUATU PERKARA, KAJI DAN CUBA HASILKAN KESANNYA.

Back To Top